9 minggu lagi ??

Sejak dah sebumbung dengan suami Januari lalu, paling lama berjauhan hanya seminggu atau 10 hari. Tak pernah lebih dari tu.

Seminggu tu pun dah cukup lama dirasakan. Bukan tak pernah berjauhan. Selepas kami kahwin kami berjauhan 1 tahun setengah. Agak lama weii. Dalam tempoh tersebut tugas saya tiap hari check tiket kapal terbang, pantang nampak public holiday pasti sambung cuti. Kalau saya tak terbang ke tempat suami. Suami akan ke tempat saya. Dan begitulah situasi sehingga setahun setengah.

Dan ceritanya apabila sudah tinggal sebumbung start Januari lalu, segalanya berubah. Yes, rutin. Jadual. Aktiviti sy berubah. Sebelum ni duduk seorang masak atau masak itu boleh ikut mood dan jiwa.

Berbeza bila dah duduk dgn suami, makan tak makan kena masak. Sebab suami nak makan. Rutin memang berubah.

Tapi bahagia dan seronok. Kerna itulah nikmat kita berumahtangga. Bersama. Jadi apa sahaja kami lakukan bersama. Bersyukur ke hadrat yg Esa kerna dikurniakan suami yg sgt memahami dan membantu.

Hari ni dah seminggu hubby di PD. Kursus. Dah seminggu maksudnya ada lebih kurang 9 minggu lagi. Malas nak kira. Tapi kadang2 terkira.

Im so boring without him. Yes im bored. Walaupun teknologi dah canggih, masakan sama andai ada di depan mata? Seminggu ni memang berlawan dengan emosi. Insyaallah esok semuanya akan ok. Im just a bit emosional kalau ashben takda.

                               My other half.




No comments