BVSM. MENANG MEMBELI MENANG MEMAKAI

Salam pagi khamis yg indah, penuh barakah. Moga kita semua mendapat manfaat dan rahmatNya. Perkongsian sy pg ni mungkinn aaagak panjang, berbanding hr lain. Moga bermanfaat. 


Sy bukanlah tergolong dr org2 yg pintar genius, namun dgn kudrat Allah bg, sy rajin membaca dan kaji2.  Setelah sy kenali satu brgn Bio Velocity Sleep Mate (BVSM) -pelapik tilam. Setelah sy guna & rasa sendiri sy tertarik & tertanya knp ia boleh berfungsi begini hebat? Bagaimana BVSM dibuat. Hinggakan org yg doktor isyhtihar lumpuh seumur hidup, akibat strok boleh berjalan dan sihat sepenuhnya dgn asbab BVSM.

Kanak2 yg dah dapat kat OKU , dek virus tibi yg mmnyerang saraf kini sihat seperti normal. Apa rahsia sebenar BVSM ni. 

Sy telah dpt tahu BVSM disuntik cahaya waktu dhuha. (8-10am). Which is cahaya matahari paling berkualiti. Ingat x dulu cikgu sains pernah ckp, chya matahari pagi baik & bnyk vitamin. Lepas tu , sy teringat emak sy jemur adik sy pd waktu pagi, jemur dlm tempat yg ada tutup tu, apa mau panggil aa ..ditutup baby dlm tu, tp mentari dpt masuk. 

- itulah cahaya waktu dhuha. Yg penuh kesihatan & keberkatan. So BVSM ni tercipta dr gelombang cahaya waktu Dhuha + gelombang garam kristal. 
BVSM x sama dgn produk lain yg gunakan tenaga elektrik. BVSM SEMULAJADI. dari cahaya waktu dhuha. 

Tested n proven. Merawat secara semulajadi tanpa drugs/suntikan/surgery. Dari sakit kronik seperti strok Insyaallah dgn terapi tidur, BVSM asbab sembuh.

Untuk sakit sakit biasa seperti pening kepala, demam panas, migrain yg dtg kejap2, insyaallah dgn peluk atau berselimut reda. Yg boleh digunakan satu rumah. Dari warga emas. Baby, & ibu mengandung.

Percaya atau tidak kesan BVSM dpt di rasa sepantas 10saat. Mcm x percaya kan. Mmg susah percaya tp kenyataan. So sapa yg rasa nak tgok kesan sepantas 10 saat, sekitar kk boleh set masa dgn sy. 

Yg jauh pula nak tau bnyk dan bnyk dan bnyk lg direct do inbox me or direct whatsapp 014 3737374. 






SmartPreneur MiraMegha
Big Dream, Start Small
0143737374




Kenapa Happy??? Macamne nak Happy??? HAPPY pun kene belajar sbb Happy REZEKI dtg melekat2....

Assalammualaikum . Selamat malam ya taulan :))

Malam ni saya nak cerita dan sentuh sediiiikit tentang  "Seminar Minda Magnet Rezeki" .  MINDA tu kita semua punya . Kita ada minda. Tapi persoalan nya Minda mengawal kita. Atau kita mengawal minda? MAGNET pula kita semua tahu, sesuatu yg menarik. yang boleh menarik. MINDA Magnet, apakah yg minda kita boleh tarik? Yang baik atau sebaliknya? Minda Magnet Rezeki. Adakah minda kita ni magnet kepada rezeki?? atau sebaliknya. menjemput rezeki itu adalah lebih mudah daripada mencari rezeki. Itu yg akan di ajar dlm MMR. 

SEMINAR MMR STG
APA MINDA KITA TARIK??
 Okay , kejap lagi sy akan kongsikan sedikit apa ilmu yg sy sedut dalam Seminar Minda Magnet Rezeki ( MMR) ni. Hari ni sy hadir ke preview seminar mmr di kota kinabalu. Preview ni adalah warm up kepada MMR yg sebenar. Termasuk yg akan dtg, ini adalah MMR yg ke3 di Kota Kinabalu, Sabah. Orang sabah memang hebat dan gemar ambil peluang. Syabas. 


Memang solute dgn org Sabah! Diorang ni memang sngt positif terhadap ilmu2 yg bgi lgi luaskn rezeki selain nak tambah ilmu utk tingkatkn kredabiliti diri. 



SEMINAR MMR STG
PREVIEW SEMINAR MMR, STG - KOTA KINABALU  08/12/13

Manakan boleh tahan nak belajar teknik;


1. Doa yg di LAYAN PANTAS oleh ALLAH
2. Doa pd waktu yg tepat ( mesin ATM ALLAH di buka)
3. Energy rezeki dtg melekat2 kpd kita
4. Sebut jer dapt!
5. Fikir jer jadi!
6. Suami/isteri hari2 trpaksa berkasih sayang & brcinta stiap hari.
7. Magnet duit


Dan banyakk lgi termasuklah hidup tenang & teratur jerr.

Okay antara tips yg dikongsi oleh mentor Ariffin tadi ialah, Kuasa Keprihatinan. ( Concern )
apa maksudnya tu, okay senang jer, prihatin atau concern. Apa yg banyak kita concern? Kuasa Minda kita senang sahaja sebenarnya, Apa yg kita fokus itu yg kita tarik. Andaikata kita fokus pada masalah, maka kita menarik masalah. "what i focus on - it expand "

Kita fokus pada MASALAH! pasti akan tarik masalah ! Oleh itu kita kena tahu apa yang kita fokus, kita kena tahu apa yang kita nak. Itulah Kuasa Concern. 

Ini adalah salah satu yg diajar dalam seminar MMR. Dan ada banyakkk lagi sebenarnya. Bila anda hadir , anda baru tahu sebenarnya kuasa minda kita yg sgt besar. 

Setelah ramai yang mengikuti preview MMR tadi di Shang Ri la Kota Kinabalu, akhirnya mentor buat keputusan untuk adakan Full MMR pada 18 Januari 2013. Teruja. Ramai yang teruja. 




Kat sebelah sy ni , My Mentor, kak NN, Multi - Millionaire uuolls. Sgt humble. Ya Allah la.... Syukur ditemukan dgn insan hebat berjaya ni. Serius, Alhamdulillah. Andai Allah tak bagi peluang ni, sy takkan dpt kenal dia. dah beberapa kali berjumpa, walau dia kat JB tapi kami still boleh coaching dari talian. Takde masalah langsung kan, perniagaan online sekarang. 

Kak NN juga merupakan orang yang akan kongsi tips-tips dalam MMR. Kak NN ni terer sgt dengan 'mandrem jampi untuk produk-produk '  erkkk apa maksudnya tu? Maksudnya dia sgt pakar dalam produk, dia akan share tips macamana nak buat pelanggan terliu-liur nak beli produk kita. haha. true. thats it. dia kan share mcm mana pelanggan yg minta kita jual produk kat dorang. kak NN memang sgt terer bab ni. 
jadi beliau akan kongsikan dalam slot khas beliau di Seminar MMR.


Paling latest sy dengar Seminar MMR akan diadakan pada 18 Januari 2013. Ini yang full seminar, selama 2 hari. Esok sy akan update dengan lebih jelas lagi, tapi yg personal nak tahu. Boleh  hubungi saya. 

Till then, GOODnite. Assalammualaikum 

SmartPreneur MiraMegha (Projek STG)
Pakar Runding Kesihatan & Kecantikan Anda
Kesihatan Adalah Kekayaan Sebenar
Dream Big, Start Small





KEBIJAKSANAAN KEWANGAN - 6 TANDA MASALAH WANG SEDANG MELANDA


"Besar periuk, besar juga keraknya."

Pendapatan besar memang semua orang mahu tetapi ia tidak menyelesaikan masalah kebocoran duit gaji jika kita masih boros berbelanja. Nafsu berbelanja boleh mengundang padah.

1. Tiada langsung simpanan kecemasan.

Emergency fund.

Jumlahnya menyamai 7 bulan perbelanjaan.

Jika kalian masih belum membuat simpanan untuk tujuan kecemasan ini, maka cepatlah mulakannya. Kita tak rasa kita memerlukan tabung ini … sehinggalah kecemasan berlaku. Justeru, sediakan payung sebelum hujan.

2. Gagal menyimpan 10% dari pendapatan / gaji

Menabung adalah asas kepada kekayaan. Masukkan 10% daripada gaji kita setiap bulan ke dalam akaun simpanan. Lagi banyak lagi bagus. Sekiranya anda tidak dapat menyimpan dengan nilai minimum ini, ketahuilah anda sedang hidup beyond your means.

3. Bayar hutang rumah lebih 25% dari gaji
Rumah barangkali benda yang paling mahal pernah kita beli sepanjang kita hidup. Rumah adalah aset sekiranya kita jadikannya sebagai rumah sewa. Jika rumah tersebut kita diami, maka ianya adalah liabiliti. Pastikan bayaran monthly installment kepada bank tidak melebihi 25% daripada gaji kita. Sebenarnya ianya bukanlah satu peratusan yang wajib anda ikut, tetapi adalah good financial planning practise . Jika kita bergaji RM2,000 sebulan, maka rumah yang sesuai untuk kita diami adalah dalam lingkungan RM500 sebulan.

4. Baki hutang kad kredit anda sama dengan baki hutang tahun lepas.

Jika setiap bulan kita hanya bayar hutang kad kredit secara minimum dan berterusan menggunakannya, maka ketahuilah hutang anda tidak akan selesai.

Sebagai contoh baki hutang kad kredit kita berjumlah RM1,000. Bulan ini kita bayar RM50 sahaja sebagai bayaran minimum. Bulan depan swipe lagi RM100. Jumlah sekarang RM1050. Tiap bulan buat benda yang sama. Belum campur interest lagi. Memang tak akan habis. Cara yang mudah nak keluar dari hutang kad kredit ini ialah bayar lebih dari nilai minimum dan berhenti menggunakan kad kredit tersebut.

5. Beli barang yang mahal dengan kad kredit.

Sebenarnya kita sentiasa mempunyai pilihan sama ada untuk berhutang atau membayar cash apabila membeli sesuatu barang. Jika kita tak ada duit tunai untuk beli barang tersebut, maka jangan beli. Simpan duit dahulu atau cari duit tambahan dengan tujuan membeli barang tersebut. Tidak ada istilah terpaksa. “Saya terpaksa guna kad kredit nak beli TV flat skrin 29 inci ni”.

Pilihan sentiasa ada. Hendak atau tidak sahaja.

6. “Dari menyesal tak beli, lebih baik menyesal beli!

Biasa berlaku. Setelah bekerja siang dan malam, kita akan rasa yang kita perlu reward diri kita dengan hadiah atau apa sahaja yang kita suka. Ya betul, tidak salah konsep tersebut. Malah digalakkan supaya kita sentiasa bermotivasi melakukan kerja kita. Tetapi berpadalah. Jangan sampai berhutang keliling pinggang. Jangan membeli sesuatu di luar kemampuan kita.



Life is about making choices..for better or for worse?


Its your choice…and i have mine already… alhamdulillah..
Its your call whether u still wanna stay like what u are now or just do a little bit of changes in your life…
The clock is ticking…
Start now or NEVER!!!  

Andai anda ingin merebut peluang untuk menambah pendapatan, anda di laluan yang betul. 
Do contact me 

miramegha@gmail.com
014- 3737374

Real Business
Real Superbrand Produk
Mentor Berjaya sentiasa membimbing
Sistem
Ilmu

Ini adalah input penting yang kami amalkan di STG

#Projek STG
#Terpaksa Kaya & Berjaya
# The Sister's Team
TQ Allah . 






PJJ - CUKUP SAMPAI DI SITU.

Assalammualaikum.

Semoga kita semua senantiasa dalam lindungan Yang Maha Esa dan sihat selalu. Kesihatan itu anugerah Allah SWT yang paling indah dan penting. Bayangkan kita tanpa tubuh badan yang sihat. Bayangkan bila keadaan kita tengah selsema? hadoii terasa satu benda tak dapat nak buat. Mengganggu rutin kita kan? Mari lah kita memanjat kesyukuran Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah atas kesihatan hari ini. 

Okay, tapi hari ni bukan nak cerita tentang kesihatan, hari ni sy nak berkongsi perasaan kat semua....kongsi perasaan gembira saya ni ...* giteww kan... hihi  sy sangat rasa gembira dan teruja... haaaa sebab lagi beberapa hari suami tersayang nak datang. Dan kali ni dia datang tak perlu nak balik kat tempat bertugas dah. hihihi. yeay. Alhamdulillah. My dear hubby dah pindah tempat bertugas dan yang pastinya kami akan tinggal sama. Tau tak kenapa kegembiraan dan keterujaan ini terlampau tinggi. Kerna kami selama ini berhadapan dengan Perkahwinan Jarak Jauh Atau PJJ. 

Haaa tu pasal la. Sejak kami kahwin pada 4 Mei 2012, kami masih tak tinggal sebumbung lagi, sy kat Kota Kinabalu dan Dear Hubby kat Kuching. Dan selama itulah kita duduk berasingan, dan hanya berulang alik ke KK atau ke Kuching. Pheww. Kami bersyukur kerana hanya mengalami selama 18 bulan, dan pernantian ini akan berakhir. Sy tau ramai yang kat luar yang sama seperti kami terpaksa berjauhan selepas berkahwin. 

Sebenarnya, perkara ni dah kami bincang sebelum perkahwinan lagi. Dan maksudnya sy dan hubby dah bersedia dengan situasi terpaksa berjauhan untuk sementara waktu. Sy pun dengan yakin nokks bagitau 'I'll okay dear"... sebabnya sy rasa sebelum ni pun kami bercinta berjauhan, hanya teknologi yang menghubungkan, jadi sy rasa sy akan dapat berdepan dengan situasi ni.

Tapi .sy nak bagitau uolls, sangkaan sy meleset. Sy ingat sy kuat-sekuat karang, tapi rupanya lembik. haha. PJJ tak mudah seperti yg disangka, x senang seperti yang dibayang. Huwaaaaa tiap kali balik Kuching jumpa Hubby, sy rasa xnak balikkk, tiap kali tu juga airport banjir dgn airmata. Tiap kali hubby datang jenguk sy kat KK, sy rasa xnak bagi hubby balik, rasa xnak lepas tangan hubby....huwaaa. Terasa seperti xnak melalui perkara tu lagi. Sedih uollss..... 

Sy harap kawan-kawan yang masih berjauhan dari suami akan terus tabahhh... Okay, sy nak kongsi bagaimana sy & suami berdepan dan mengharungi Episod Perkahwinan Jarak Jauh selama 18 bulan ni hihihi......


MESTI SELALU  Telefon /  Mesej / Whatsapp /  Wechat n etc.

        Okay, ni mesti kena selalu buat. Tak ada alasan untuk tak buat.  Yang sy buat, Pagi bangun tido, samaada sebelum atau selepas Subuh, sy akan call hubby, untuk kejut Subuh. Kadang2 dia yg Call. Then sebelum nak pergi keja, seperti dalam kereta, sy akan call lagi. Tanya dah minum lom, dah siap nak pergi kerja ke belum. Pastu nanti jam 10 akan call lagi...pastu lunch time akan call lagi. pastu time nak balik keje time nak jalan ke parking kereta, call lagi...   Ermm mungkin ada yang berfikir, tak mengganggu ke? Kita pandai-pandaila curi masa kita, telefon selalu bukan bermaksud bergayut dua jam, cukupla bertanya tengah buat apa, Hubby kalau waktu pejabat memang sangat sibuk, kadang-kadang kita dengar dari cara dia jawab fon , kita tahu dia sibuk. tapi dia tetap akan angkat fon, walaupun bercakap tak sampai 60 saat. Kalau dia tak angkat, kemungkinan dia, tengah ke toilet, tengah berhubung dengan pegawai atasan,  tapi for sure my hubby akan return call. dalam soal ni, tak kira la siapa yang akan call siapa, tapi bagi kami, kami akan call anytime. hihi. Kecuali kalau ada mesyuarat atau agenda penting, awal-awal hubby akan bagitahu dan, saya hanya akan tunggu dia yang make a call. Selalulah berhubung, ya selalulah. Gunakan teknologi yang serba canggih sekarang untuk kita dan suami rasa seperti kita dekat selalu.

perkahwinan jarak jauh, hubungan jarak jauh , tips



JUJUR 

       Sentiasalah jujur dengan pasangan kita. Kejujuran itu amat penting. Jujur dalam komunikasi suami isteri. Walaupun kami berjauhan, tapi hubby sentiasa tahu pergerakan saya ke mana, di mana dan dengan siapa. Pendek kata, jadual rutin seharian saya dia tahu. begitu juga dengan dia. Saya tahu siapa kawan-kawan hubby, jadual dan rutin sehariannya. Apa perkara yang menggembirakan saya, pasti akan dikongsikan dengan hubby. Begitulah sebaliknya. Bagi saya, dia adalah sahabat, yang mendengar keluh kesah dan cerita saya. Dia adalah pendengar yang sangat setia. huhu. I Love You much Hubby . *Emosi la pulak.

tip hubungan jarak jauh, perkahwinan jarak jauh, businesswoman





SEGARKAN HUBUNGAN.
 
perkahwinan jarak jauh     Segarkan? Macam mana? Kalau bunga , kita kena siram selalu untuk segarkan. kalau hubungan bagaimana pula?  lagi-lagi hubungan jarak jauh. Segarkan hubungan dengan pergi bercuti bersama-sama, bertukar-tukar hadiah, semuanya kami buat ikut kemampuan. yang paling penting adalah memanfaatkan masa yang kami ada dengan berkualiti, cuti pendek yang ada, kami spend together-gether, jalan-jalan cari makan, luangkan masa berbincang tentang rumahtangga, dan buat semuanya bersama-sama. Semestinya mengeratkan lagi dan meninggalkan kesan manis dalam hubungan.









                                               
TABAH        

Berjauhan dalam perkahwinan menuntut berjuta-juta ketabahan hati. Terutamanya kita sebagai wanita, yang sangat-sangat emosi. Bila berjauhan daripada suami, segala-galanya kita kena buat sendiri. dari yang kecil sehinggalah yang besar. Adakalanya jiwa yang lemah ini selalu gusar dan sedih. Apa lagi saat menanggung rindu, di sanalah kita perlu lebih tabah. Bersangka baik dan tabah tabah dan tabah. Bagi pasangan yang dah punya anak dan masih kecil, pasti mereka lebih terasa berat tanggungjawab kan.. Alhamdulillah hubby selalu menenagkan jiwa saya kala gusar dan menanggung kerinduan. hihi. 





PERCAYA & TUNGGU 

    Kesetiaan memang penting dalam hubungan. Kita tahu dalam hubungan jarak jauh begini pintu-pintu cubaan dan dugaan terbuka. Kita harus mempercayai suami kita kerna kesetiaan dan kepercayaan adalah tonggak utama , yang paling penting dalam melayari hubungan perkahwinan jarak jauh. Kita harus percaya dan tunggu dan yakin dengan pasangan kita. jangan mudah berubah hati dan jangan sesekali curang atau menbuka pintu itu. Nauzubillah. 



BERDOA

     Doa adalah yang paling penting dan utama. Berdoa juga merupakan usaha kita. berdoalah agar hubungan kita dilindungi Allah Swt, diberi ketetapan hati. Berdoalah agar` dijauhkan dari anasir-anasir yang boleh mengancam hubungan kita. Mohon pada Allah SWT agar`ditetapkan iman, tetap setia walaupun berjauhan. 




Begitulah serba sedikit yang saya dapat kongsi dan yang telah saya lalui dan praktik. Selain daripada itu, Berusahalah untuk kembali bersama. Kembali Sebumbung. Hubungan jarak jauh adalah suatu yang memeritkan. Ya , memeritkan. Saya sangat tidak bersetuju untuk satu perkahwinan jarak jauh yang terlalu lama. For me, berusahalah untuk bersama sebumbung. 


Itu sahaja untuk kali ini. Lots of Love. 



TIDUR KITA LENA SEPERTI BAYI???

TIDUR LENA SEPERTI BAYI???~ YESS! TESTED N PROVEN.

Kita sememangnya biasa mendengar ungkapan ‘tidur lena seperti bayi’ diungkapkan dalam perbualan yang mengaitkan kualiti tidur yang optimum. Namun tahukah anda bahawa bayi sebenarnya akan terjaga setiap dua atau tiga jam setiap malam dan mereka akan mengalami kesukaran untuk tidur semula? So kalau baby dah tak tidur biasanya Mommynya lah yang tak tido jugakkan…Mommy kan TAK SABAR…Daddykan penyabar… baby nangis pun dia sabar mendengar… hihihi…


Cer baca sharing dari Pn. Zubaidah ni…
Pergh. Keadaan ni lah yang terjadi kepadaku. Baby susah sangat nak tidur NYENYAKK. Memang dah sedia maklum, newborn babies akan jaga setiap 2/3 jam, tapi baby ni...lain sikit. Dah la 2/3 jam tu memang wajib nangis mintak susu, tak masuk lagi antara 2 jam tu nangis berak/kencing. OK, boleh tahan lagi, yang tak boleh tahannya, sementara nak tidur dengan nyenyak, baby merengek boleh dikatakan setiap 15min. Eh tu pun kira lama tu. Kadang-kadang, 5 min pun tak sampai dia dah gerak-gerak tercebek-cebek…. 

Hurmmppphh… Kalau tak ditepuk, baby akan nangis lagi kuat. Kadang tu, ubah posisi tidur dia, dia akan senyap. Kadang-kadang bagi puting, senyap. Kadang-kadang lagi kuat nangis kalau letak puting! Mana satu baby nak nihh… uhukksss..uhukksss…? Begitulah keadaannya. Atuk dia kata tidurkan dalam buai…Enjut da berejam…Enjut..enjut..mata tukang enjut dah berat tapi mata baby dok terbeliak jugak. Last-last, tukang enjut tu yang tidur lena. heeee. 

Bagitau jerlah cara apa yang tak diguna ~ Macam-macam cara da cuba. Banyak juga pendapat kawan-kawan di facebook;

• sapu minyak yu-yi/minyak angin atau yang sewaktu dgnnya di tapak tangan, perut dan tapak kaki. - DONE
• Bedung baby - DONE
• Ajar baby tidur meniarap - DONE
• Tidurkan baby dalam BUAIAN - ............pun DONE
• Bagi puting.. DONE
• pakaikan bendul (macam batu seremban tu dalam ada kacang ijau) kat leher. so baby tak mudah terkejut n ttdo dengan lenanya=) - BIAR BETUL?


Aduyaii sib baik laa… Kak Zai syorkan pelapik tilam BVSM ni…. Alhamdulillah.. baby tidur lena, Mommy tidur lena… Daddy lagiii laaa lenaaa… Baby bangun untuk menyusu jer.. pastu tidur balik… Bestnya.. pergi mana-mana pun angkut tilam ni takder hal.. ringan jerkan… (daripada nak mengangkut buaian.. cradle… segala macam besi tuh…space lagi…[nak vacation, shopping barang pun tak muat])… Sib baik cepat jumpa dengan Kak Zai dan di pertemukan dengan produk hebat ni…




bvsm, tidur berkualiti







KEHEBATAN BVSM - MIGRAIN SERIUS PULIH

Kehebatan BVSM - MIGRAINE SERIUS SAMPAI HANTUK KEPALA , Pulih !


MIGRAIN SERIUS HILANG
PN RIMA, 26. PEKERJAAN : POLIS.  TAIPING,PERAK. 
Menghidap MIGRAINE SERIUS lebih 12 tahun akibat tidur yang tidak cukup kerana tuntutan tugas. Sekiranya Migraine datang, untuk melegakannya adalah dengan menghantukkan kepalanya ke dinding, barulah dapat mengurangkan kesakitan yang dihadapinya. Ya Allah , bayangkan kesakitan yg di hadapinya.


Hari pertama menggunakan BVSM pada 13 Disember 2012, tindakbalas pantas berlaku di mana matanya gatal, berair dan bengkak. Doktor mengatakan itu adalah kesan alergik.

Hari kedua menggunakan BVSM, satu mukanya bengkak dan dinasihatkan minum banyak air mineral.

Hari ketiga mukanya kembali normal dan berseri-seri. Paling menyeronokkannya penyakit migraine yang telah ditanggung selama 12 tahun HILANG dan pergi begitu sahaja.

TERKINI, wajahnya kembali NORMAL dan BERSERI-SERI setelah 2 bulan menggunakan BVSM dan sakit kepalanya HILANG TERUS dan PULIH sepenuhnya, syukur Alhamdulillah.

Terima kasih Allah!Terima Kasih BVSM! Asbab Penyembuh Migrain . 




1 BVSM UNTUK ANDA DAN KELUARGA ANDA!!!!!
TAK SALAH MELABUR UTK KESIHATAN DIRI & KELUARGA

Maklumat lebih lanjut : 014 3737374 ( Mira)
STG Well Trained Consultants


.


Apa itu BVSM ?

APA ITU BIO-VELICITY SLEEP MATE ? (BVSM)

Bio Velocity Sleepmate adalah pelapik tilam yang :

● pertama di dunia dan di Malaysia

● di suntik/ di sembur garam laut dalam
● di dedahkan pada cahaya matahari selama sebulan - waktu dhuha sahaja sebab masa ni ada unsur istimewa pada cahaya matahari untuk kesihatan dan keberkatan

Kajian selama 20 tahun - BVSM hasil kajian saintis Jerman ,garam laut dalam dari Korea dan di kilangkan di Malaysia.


KENAPA GARAM ?

● rawatan garam sudah lama di amalkan di blok Soviet dan Eropah timur dan negeri China.
● garam juga mainkan peranan penting dalam perubatan Islam
● gangguan makhluk halus ,penawar racun.

Di adun dalam bentuk Bio Velocity - kelajuan gelombang yang berupaya mennembusi badan manusia - bergetar bertindak dgn molikul air dalam badan-ikatan air terputus terbebas tenaga dalam bentuk haba -terhasil oksigen.

Bila haba di bebaskan ia melarutkan kolestrol yg tersumbat di salur darah juga larutkan darah beku di arteri jantung dan otak - darah lancar seluruh badan

Bila darah lancar semua masalah kesihatan akan beres dgn izinNya- hormon balance,renewal sel berlaku sbb tu kita boleh jadi semakin sihat dan awet muda.

KENAPA TENAGA MATAHARI DAN GARAM NI DIPROSES PADA SLEEPMATE ?

● sebab masa tidurlah renewal sel berlaku- tapi hanya dengan tidur yang lena.
● BVSM bantu anda untuk dapatkan 'deep sleep' tanpa gangguan supaya segala proses penyembuhan berlaku dgn maksima yg mungkin
● otak dapat berehat dari sebarang emosi,interaksi dan membuat keputusan
● tidur yg lena dgn sleepmate akan pulihkan aura -rasa happy



RAMAI YANG SUDAH SEMBUH DARI SAKIT KRONIK YG DI TANGGUNG BERTAHUN

● senggugut,
● stroke
● slipdisc
● migraine
● tekakan perasaan
● gila / sakit jiwa
● insomia
● darah tinggi
● koma sbb otak kecut
● asma dan apa saja masalah kesihatn


CUMA PERLU TIDUR JERRR
● tidur dgn BVSM bagi yg belum sakit In Shaa Allah dapat elakan sakit jantung dan stroke
Bila dah mula bersama BVSM:


~ada yg cepat rasa kesannya
~ada yg lambat rasa
~ada yg kata terus rasa nak muntah
~ada yg kata lega kak ...1st night tidur...subhanallah sedapnyerrr tidur..ringannyerr badan
~ada yg rasa..kakak masalah tulang belakang saya ....masih rasa sampai sekarang w/pun kurang
~ada yg kata...tulang blkg saya dah okkk....alhamdulillah
~ada yg kata kak saya muntah2!!
~ada yg kata kakk malam tadi saya mimpi teruk dan takuttt!!
~ada yg kata kak saya tak boleh tidur malam tadi
~ada yg kata kak saya dah bertahun tak boleh tidur.... mlm tadi saya tidur lena !!
~ada yang kata kak masalah kronik saya selama 6 tahun bagai di buang terus



apapun...cara kerja BVSM ialah



~ membelai dan mengurut mesra badan anda dan menyihatkan sel
~detox
~baiki
~pulih



BERAPA LAMA????...inilah yg anda kena tahu!!

~ada yg badan dah ada macam2!! (berkarat dalam badan kita tak tahu...ingatkan diri saya juga)

~ada yg problem saraf
~ada yg lemakkkk banykkkkk!!
~ada yg sel dah lembab!!
~ada yg air sgt kurang...(dlm badan kemarau!!)

so..apa yg berlaku pada body dan perasaan anda bila BERSAMA BVSM..bergantung kpd sistem badan masing2!!



1 BVSM UNTUK ANDA DAN KELUARGA ANDA!!!!!
TAK SALAH MELABUR UTK KESIHATAN DIRI & KELUARGA

Maklumat lebih lanjut : 014 3737374 ( Mira)
STG Well Trained Consultants

p/s Hanya dapatkan BVSM dari Well Trained Consultans agar anda dpt dibimbing sepenuhnya :))





TIDUR yang BERKUALITI ?

Tidur sihat dan berkualiti..cara menjaga kesihatan paling mudah!

Bahagikan masa kita utk satu hari


8 jam - bekerja

8 jam - riadah, rehat, lain2 aktiviti
8 jam - tidur

Tetapi gaya hidup masa kini tak membenarkan kita tidur 8 jam kan? Macam-macam kita  nak buat..ada yg kerja sampai tengah malam, belajar sampai nak pagi.., berapa jam waktu tidur anda?
Tidur yang lena dan panjang juga tak semestinya berkualiti..ada yang tidur lena tapi mimpi macam-macam jadi tak relax..bila bangun, masih terasa letihnya...

Jadi bagaimana  kita nak memperbaiki kualiti tidur kita? Ok mira nak cerita sikit, tentang pelapik tilam Bio-Velicity Sleep Mate ( BVSM ), mengapa menjadi pilihan ramai, termasuk para doktor..doktor?? hihi




Perbaiki KUALITI tidur kita dgn BIO VELOCITY SLEEP MATE..
Tidur 4 jam seperti 8 jam! Mengapa? Sebab tilam ni meneutralkan semula keseimbangan bdn dan mengaktifkan sel2 badan yang baru semasa kita tidur. Senang kan? Tidur je dah boleh sihat..

Luangkan waktu tidur bersama BIO VELOCITY SLEEP MATE.. 

Tiada lagi keluhan.."napela arini bukan ahad" masa bangun pagi nanti..

Sesuai dibawa ke mana2..ringan je..

Seluruh keluarga boleh guna....pasti mereka berterima kasih kepada anda sebab belikan pelapik tilam ni..







Mari Melakar Impian


.
Semua orang mempunyai impian dan layak untuk mempunyai impian




" Kita lihat di sekeliling kita. Banyak perkara yang wujud kerana impian.

Melakar  impian adalah percuma dan dengan impian juga boleh membawa kita kepada kekayaan besar.

Walau bagaimanapun impian tanpa tindakan akan sentiasa kekal sebagai impian "




With Mr Basit, Owner Of Kakiprinting.com. Sangat memberi inspirasi. 



With Puan Anis. Owner OF Anis Choc Moist Choc. Inspirasi. 



Yeay, this is my Mentor. Mentor Norazlin. Alhamdulillah dengan rezeki ilmu dan ditemukan dengan insan2 yang baik dan luarbiasa. moga dengan bimbingan mentor dan ilmu dicurahkan dapat merealisasikan impian ku. Insyaallah. Izinkan Ya Allah. 


Mari melakar impian, bersama mentor, bajakan dengan ilmu, menerusi sistem dan pastinya tindakan luarbiasa. 


Last but not least  " kalau hendak terbang tinggi ke angkasa berkawanlah dengan helang, jangan membuang masa bersembang dengan ayam! " - Dato Roslan Ab Hamid.






Sedikit Atau Banyak. BERSYUKURLAH.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum.

Alhamdulillah setelah sekian lama akhirnya diberi kekuatan, diberi rezeki masa ( masa pun rezeki tau )  untuk menulis sesuatu . Blog ni dah bersawang, dah banyak sarang labah2. bayangkan , blog ni dah wujud 2010 , dah beberapa tahun dan hanya dengan beberapa entri saja yang saya mampu buat. Walaubagaimanapun,  dah buat pembersihan beberapa hari lepas, entri yang lama saya delete, bukan x mahu membaca kisah lepas cuma biarla yang mendatang jauh lebih baik dan bermanfaat.  Dan mulai sekarang Insyaallah akan diisi dengan entri maklumat yang bermanfaat untuk sesiapa saja yang membaca. Insyaallah.

okay, nak mula di mana? nak perkenalkan diri. Erm, Insyaallah itu nanti la, cukupla tahu sy Mira Megha. Hamba Allah yg sentiasa berusaha buat yang terbaik walau dalam apa jua, dan sentiasa masih berusaha kuat untuk jadikan apa saja yang dibuat , diredhai Allah dan memberi manfaat/ nilai kepada ramai orang.

Phewww tiba-tiba saat ni saya rasa banyakkkk sangat nak taip dan kongsi. okay sabar3 Mira, Tarik nafas, hembus,tarik lagi....hembussss.... *moga begini semangat saya esok esok hari ;)

Okay, tadi saya ada share di Facebook peribadi saya, tentang beberapa peristiwa yang berlaku hari ini pada saya. Saya Copy Paste balik k. hihi.

" Td lunch time, Mahu berurusan di Maybank.tapi mykad tertinggal di rumah bersama beg duit. Apalah itu? Terbantut urusan. Hihi. Tapi itu itu itu x penting, ada satu yg sy mau highlight. 

Tadi masa tengah baru sampai maybank dan cari parking...biasalah kan ada kereta yg akan minta jalan kalau di simpang, so sy bagi. Selang 1 minit keta depan dapat parking. 

Terus timbul suara *budakKecik. "Sepatutnya itu paking aku.kalau aku x bg jalan sama dia"

Lepas tu istighfar sekejap. Napala ckp camtu, mesti aku dapat paking juga ni. Mesti. Mesti depan2 bank. *DaDa terus. 

Selang 1 minit lagi, dapat paking paling depan bank.wee. kereta td dpt paking cepat sebab sy bg jalan, sy dapt paking cepat & best sebab bg pluang tu keta. Fhm ke fhm ?

Then pg cash deposit. Q panjang mcm ular. Tapi kan, ada dua org bg sy potong. Jadi sy depan cikitla. Sy tgok balik 2 org tu, x kenal.Sy senyum n say tq. Berpk sy knapa bg sy potong. Mungkin dia kesian kot budakKecik cam sy. ; p ahaks. Tapi bila pk balik, semalam d cash deposit yg sm ni juga ada satu laki minta izin sy potong Q. Sy bagi. 

This is the power of giving. Kita di program oleh manusia selama ni dgn 1-1 = 0

Tapi hakikatnya dlm kehidupan yang sepatutnya diamalkan 
1-1=11. Fhm ke fhm?  "

haaa itulah , mungkin ada yang berpendapat, dapat parking ? baris di cash deposit machine? so apa yang istimewa?  Ya Allah, kita hendakla bersyukur atas apa yang terjadi kepada kita, sy bersyukur dapat parking cepat dan depan bank, kerana ia telah memudahkan saya, menjimatkan masa saya, sedangkan di saat itu ramai yang tengah mencari tempat letak kereta, ada yang dah pusing 3-4  kali. Mengapa tidak sy bersyukur dan gembira? Setiap pagi kita sering berharap dan mendoakan agar semua urusan kita seharian dipermudahkan oleh Allah SWT, Dan apabila Allah mudahkan urusan dan laluan kita, maka wajib bagi kita untuk bersyukur.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Itu Rezeki saya hari ini. Sebelum ini bagi saya, rezeki adalah duit semata dan apa saja berita/perkara baik yang berlaku .Jadi, apabila dapat duit atau perkara yang menggembirakan sy akan gembira dan bersyukur. namun, andai sebaliknya, terjadi perkara sedih, saya tak bersyukur. 

Apakah benar rezeki itu terbatas kepada harta / material semata? Andai harta kita kurang, maka maksudnya rezeki kita berkurang? Begitu kah?
Astagfirullahalazim....

Ampunilah hambaMu yang alpa dan lemah ini Ya Rahman. HambaMu yang Kufur ini alpa dalam setiap pemberianMu. Semua Rezeki itu datang dari Allah SWT. 

"Rezeki adalah apa-apa yang kita rasa manfaatnya, samaada halal ataupun haram, samaada baik ataupun buruk "
 ( Tafsir Al-Quran asy-Sya'rawy. )

Kesihatan itu Rezeki.
Sifat-sifat baik adalah Rezeki.
Udara adalah Rezeki.
Air adalah Rezeki.
Keluarga penyayang adalah Rezeki.
Sahabat yang setia adalah Rezeki.
Lidah yang petah berkata-kata adalah Rezeki.


Di mana rezeki berkurang? Di mana kurangnya rezeki kita?....
Ini semua adalah rezeki dari Allah SWT. Setiap kita mempunyai rezeki yang unik dan kelebihan masing-masing. dengan rezeki ini, akan membawa kepada rezeki yang lain. Insyaallah.

Next entry nak cita lah bagaimana 1-1=10?  :)
Moga ada Rezeki masa dan Idea saya hahaha :)