KEBIJAKSANAAN KEWANGAN - 6 TANDA MASALAH WANG SEDANG MELANDA


"Besar periuk, besar juga keraknya."

Pendapatan besar memang semua orang mahu tetapi ia tidak menyelesaikan masalah kebocoran duit gaji jika kita masih boros berbelanja. Nafsu berbelanja boleh mengundang padah.

1. Tiada langsung simpanan kecemasan.

Emergency fund.

Jumlahnya menyamai 7 bulan perbelanjaan.

Jika kalian masih belum membuat simpanan untuk tujuan kecemasan ini, maka cepatlah mulakannya. Kita tak rasa kita memerlukan tabung ini … sehinggalah kecemasan berlaku. Justeru, sediakan payung sebelum hujan.

2. Gagal menyimpan 10% dari pendapatan / gaji

Menabung adalah asas kepada kekayaan. Masukkan 10% daripada gaji kita setiap bulan ke dalam akaun simpanan. Lagi banyak lagi bagus. Sekiranya anda tidak dapat menyimpan dengan nilai minimum ini, ketahuilah anda sedang hidup beyond your means.

3. Bayar hutang rumah lebih 25% dari gaji
Rumah barangkali benda yang paling mahal pernah kita beli sepanjang kita hidup. Rumah adalah aset sekiranya kita jadikannya sebagai rumah sewa. Jika rumah tersebut kita diami, maka ianya adalah liabiliti. Pastikan bayaran monthly installment kepada bank tidak melebihi 25% daripada gaji kita. Sebenarnya ianya bukanlah satu peratusan yang wajib anda ikut, tetapi adalah good financial planning practise . Jika kita bergaji RM2,000 sebulan, maka rumah yang sesuai untuk kita diami adalah dalam lingkungan RM500 sebulan.

4. Baki hutang kad kredit anda sama dengan baki hutang tahun lepas.

Jika setiap bulan kita hanya bayar hutang kad kredit secara minimum dan berterusan menggunakannya, maka ketahuilah hutang anda tidak akan selesai.

Sebagai contoh baki hutang kad kredit kita berjumlah RM1,000. Bulan ini kita bayar RM50 sahaja sebagai bayaran minimum. Bulan depan swipe lagi RM100. Jumlah sekarang RM1050. Tiap bulan buat benda yang sama. Belum campur interest lagi. Memang tak akan habis. Cara yang mudah nak keluar dari hutang kad kredit ini ialah bayar lebih dari nilai minimum dan berhenti menggunakan kad kredit tersebut.

5. Beli barang yang mahal dengan kad kredit.

Sebenarnya kita sentiasa mempunyai pilihan sama ada untuk berhutang atau membayar cash apabila membeli sesuatu barang. Jika kita tak ada duit tunai untuk beli barang tersebut, maka jangan beli. Simpan duit dahulu atau cari duit tambahan dengan tujuan membeli barang tersebut. Tidak ada istilah terpaksa. “Saya terpaksa guna kad kredit nak beli TV flat skrin 29 inci ni”.

Pilihan sentiasa ada. Hendak atau tidak sahaja.

6. “Dari menyesal tak beli, lebih baik menyesal beli!

Biasa berlaku. Setelah bekerja siang dan malam, kita akan rasa yang kita perlu reward diri kita dengan hadiah atau apa sahaja yang kita suka. Ya betul, tidak salah konsep tersebut. Malah digalakkan supaya kita sentiasa bermotivasi melakukan kerja kita. Tetapi berpadalah. Jangan sampai berhutang keliling pinggang. Jangan membeli sesuatu di luar kemampuan kita.



Life is about making choices..for better or for worse?


Its your choice…and i have mine already… alhamdulillah..
Its your call whether u still wanna stay like what u are now or just do a little bit of changes in your life…
The clock is ticking…
Start now or NEVER!!!  

Andai anda ingin merebut peluang untuk menambah pendapatan, anda di laluan yang betul. 
Do contact me 

miramegha@gmail.com
014- 3737374

Real Business
Real Superbrand Produk
Mentor Berjaya sentiasa membimbing
Sistem
Ilmu

Ini adalah input penting yang kami amalkan di STG

#Projek STG
#Terpaksa Kaya & Berjaya
# The Sister's Team
TQ Allah . 






No comments