PJJ - CUKUP SAMPAI DI SITU.

Assalammualaikum.

Semoga kita semua senantiasa dalam lindungan Yang Maha Esa dan sihat selalu. Kesihatan itu anugerah Allah SWT yang paling indah dan penting. Bayangkan kita tanpa tubuh badan yang sihat. Bayangkan bila keadaan kita tengah selsema? hadoii terasa satu benda tak dapat nak buat. Mengganggu rutin kita kan? Mari lah kita memanjat kesyukuran Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah atas kesihatan hari ini. 

Okay, tapi hari ni bukan nak cerita tentang kesihatan, hari ni sy nak berkongsi perasaan kat semua....kongsi perasaan gembira saya ni ...* giteww kan... hihi  sy sangat rasa gembira dan teruja... haaaa sebab lagi beberapa hari suami tersayang nak datang. Dan kali ni dia datang tak perlu nak balik kat tempat bertugas dah. hihihi. yeay. Alhamdulillah. My dear hubby dah pindah tempat bertugas dan yang pastinya kami akan tinggal sama. Tau tak kenapa kegembiraan dan keterujaan ini terlampau tinggi. Kerna kami selama ini berhadapan dengan Perkahwinan Jarak Jauh Atau PJJ. 

Haaa tu pasal la. Sejak kami kahwin pada 4 Mei 2012, kami masih tak tinggal sebumbung lagi, sy kat Kota Kinabalu dan Dear Hubby kat Kuching. Dan selama itulah kita duduk berasingan, dan hanya berulang alik ke KK atau ke Kuching. Pheww. Kami bersyukur kerana hanya mengalami selama 18 bulan, dan pernantian ini akan berakhir. Sy tau ramai yang kat luar yang sama seperti kami terpaksa berjauhan selepas berkahwin. 

Sebenarnya, perkara ni dah kami bincang sebelum perkahwinan lagi. Dan maksudnya sy dan hubby dah bersedia dengan situasi terpaksa berjauhan untuk sementara waktu. Sy pun dengan yakin nokks bagitau 'I'll okay dear"... sebabnya sy rasa sebelum ni pun kami bercinta berjauhan, hanya teknologi yang menghubungkan, jadi sy rasa sy akan dapat berdepan dengan situasi ni.

Tapi .sy nak bagitau uolls, sangkaan sy meleset. Sy ingat sy kuat-sekuat karang, tapi rupanya lembik. haha. PJJ tak mudah seperti yg disangka, x senang seperti yang dibayang. Huwaaaaa tiap kali balik Kuching jumpa Hubby, sy rasa xnak balikkk, tiap kali tu juga airport banjir dgn airmata. Tiap kali hubby datang jenguk sy kat KK, sy rasa xnak bagi hubby balik, rasa xnak lepas tangan hubby....huwaaa. Terasa seperti xnak melalui perkara tu lagi. Sedih uollss..... 

Sy harap kawan-kawan yang masih berjauhan dari suami akan terus tabahhh... Okay, sy nak kongsi bagaimana sy & suami berdepan dan mengharungi Episod Perkahwinan Jarak Jauh selama 18 bulan ni hihihi......


MESTI SELALU  Telefon /  Mesej / Whatsapp /  Wechat n etc.

        Okay, ni mesti kena selalu buat. Tak ada alasan untuk tak buat.  Yang sy buat, Pagi bangun tido, samaada sebelum atau selepas Subuh, sy akan call hubby, untuk kejut Subuh. Kadang2 dia yg Call. Then sebelum nak pergi keja, seperti dalam kereta, sy akan call lagi. Tanya dah minum lom, dah siap nak pergi kerja ke belum. Pastu nanti jam 10 akan call lagi...pastu lunch time akan call lagi. pastu time nak balik keje time nak jalan ke parking kereta, call lagi...   Ermm mungkin ada yang berfikir, tak mengganggu ke? Kita pandai-pandaila curi masa kita, telefon selalu bukan bermaksud bergayut dua jam, cukupla bertanya tengah buat apa, Hubby kalau waktu pejabat memang sangat sibuk, kadang-kadang kita dengar dari cara dia jawab fon , kita tahu dia sibuk. tapi dia tetap akan angkat fon, walaupun bercakap tak sampai 60 saat. Kalau dia tak angkat, kemungkinan dia, tengah ke toilet, tengah berhubung dengan pegawai atasan,  tapi for sure my hubby akan return call. dalam soal ni, tak kira la siapa yang akan call siapa, tapi bagi kami, kami akan call anytime. hihi. Kecuali kalau ada mesyuarat atau agenda penting, awal-awal hubby akan bagitahu dan, saya hanya akan tunggu dia yang make a call. Selalulah berhubung, ya selalulah. Gunakan teknologi yang serba canggih sekarang untuk kita dan suami rasa seperti kita dekat selalu.

perkahwinan jarak jauh, hubungan jarak jauh , tips



JUJUR 

       Sentiasalah jujur dengan pasangan kita. Kejujuran itu amat penting. Jujur dalam komunikasi suami isteri. Walaupun kami berjauhan, tapi hubby sentiasa tahu pergerakan saya ke mana, di mana dan dengan siapa. Pendek kata, jadual rutin seharian saya dia tahu. begitu juga dengan dia. Saya tahu siapa kawan-kawan hubby, jadual dan rutin sehariannya. Apa perkara yang menggembirakan saya, pasti akan dikongsikan dengan hubby. Begitulah sebaliknya. Bagi saya, dia adalah sahabat, yang mendengar keluh kesah dan cerita saya. Dia adalah pendengar yang sangat setia. huhu. I Love You much Hubby . *Emosi la pulak.

tip hubungan jarak jauh, perkahwinan jarak jauh, businesswoman





SEGARKAN HUBUNGAN.
 
perkahwinan jarak jauh     Segarkan? Macam mana? Kalau bunga , kita kena siram selalu untuk segarkan. kalau hubungan bagaimana pula?  lagi-lagi hubungan jarak jauh. Segarkan hubungan dengan pergi bercuti bersama-sama, bertukar-tukar hadiah, semuanya kami buat ikut kemampuan. yang paling penting adalah memanfaatkan masa yang kami ada dengan berkualiti, cuti pendek yang ada, kami spend together-gether, jalan-jalan cari makan, luangkan masa berbincang tentang rumahtangga, dan buat semuanya bersama-sama. Semestinya mengeratkan lagi dan meninggalkan kesan manis dalam hubungan.









                                               
TABAH        

Berjauhan dalam perkahwinan menuntut berjuta-juta ketabahan hati. Terutamanya kita sebagai wanita, yang sangat-sangat emosi. Bila berjauhan daripada suami, segala-galanya kita kena buat sendiri. dari yang kecil sehinggalah yang besar. Adakalanya jiwa yang lemah ini selalu gusar dan sedih. Apa lagi saat menanggung rindu, di sanalah kita perlu lebih tabah. Bersangka baik dan tabah tabah dan tabah. Bagi pasangan yang dah punya anak dan masih kecil, pasti mereka lebih terasa berat tanggungjawab kan.. Alhamdulillah hubby selalu menenagkan jiwa saya kala gusar dan menanggung kerinduan. hihi. 





PERCAYA & TUNGGU 

    Kesetiaan memang penting dalam hubungan. Kita tahu dalam hubungan jarak jauh begini pintu-pintu cubaan dan dugaan terbuka. Kita harus mempercayai suami kita kerna kesetiaan dan kepercayaan adalah tonggak utama , yang paling penting dalam melayari hubungan perkahwinan jarak jauh. Kita harus percaya dan tunggu dan yakin dengan pasangan kita. jangan mudah berubah hati dan jangan sesekali curang atau menbuka pintu itu. Nauzubillah. 



BERDOA

     Doa adalah yang paling penting dan utama. Berdoa juga merupakan usaha kita. berdoalah agar hubungan kita dilindungi Allah Swt, diberi ketetapan hati. Berdoalah agar` dijauhkan dari anasir-anasir yang boleh mengancam hubungan kita. Mohon pada Allah SWT agar`ditetapkan iman, tetap setia walaupun berjauhan. 




Begitulah serba sedikit yang saya dapat kongsi dan yang telah saya lalui dan praktik. Selain daripada itu, Berusahalah untuk kembali bersama. Kembali Sebumbung. Hubungan jarak jauh adalah suatu yang memeritkan. Ya , memeritkan. Saya sangat tidak bersetuju untuk satu perkahwinan jarak jauh yang terlalu lama. For me, berusahalah untuk bersama sebumbung. 


Itu sahaja untuk kali ini. Lots of Love. 



No comments