Sedikit Atau Banyak. BERSYUKURLAH.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum.

Alhamdulillah setelah sekian lama akhirnya diberi kekuatan, diberi rezeki masa ( masa pun rezeki tau )  untuk menulis sesuatu . Blog ni dah bersawang, dah banyak sarang labah2. bayangkan , blog ni dah wujud 2010 , dah beberapa tahun dan hanya dengan beberapa entri saja yang saya mampu buat. Walaubagaimanapun,  dah buat pembersihan beberapa hari lepas, entri yang lama saya delete, bukan x mahu membaca kisah lepas cuma biarla yang mendatang jauh lebih baik dan bermanfaat.  Dan mulai sekarang Insyaallah akan diisi dengan entri maklumat yang bermanfaat untuk sesiapa saja yang membaca. Insyaallah.

okay, nak mula di mana? nak perkenalkan diri. Erm, Insyaallah itu nanti la, cukupla tahu sy Mira Megha. Hamba Allah yg sentiasa berusaha buat yang terbaik walau dalam apa jua, dan sentiasa masih berusaha kuat untuk jadikan apa saja yang dibuat , diredhai Allah dan memberi manfaat/ nilai kepada ramai orang.

Phewww tiba-tiba saat ni saya rasa banyakkkk sangat nak taip dan kongsi. okay sabar3 Mira, Tarik nafas, hembus,tarik lagi....hembussss.... *moga begini semangat saya esok esok hari ;)

Okay, tadi saya ada share di Facebook peribadi saya, tentang beberapa peristiwa yang berlaku hari ini pada saya. Saya Copy Paste balik k. hihi.

" Td lunch time, Mahu berurusan di Maybank.tapi mykad tertinggal di rumah bersama beg duit. Apalah itu? Terbantut urusan. Hihi. Tapi itu itu itu x penting, ada satu yg sy mau highlight. 

Tadi masa tengah baru sampai maybank dan cari parking...biasalah kan ada kereta yg akan minta jalan kalau di simpang, so sy bagi. Selang 1 minit keta depan dapat parking. 

Terus timbul suara *budakKecik. "Sepatutnya itu paking aku.kalau aku x bg jalan sama dia"

Lepas tu istighfar sekejap. Napala ckp camtu, mesti aku dapat paking juga ni. Mesti. Mesti depan2 bank. *DaDa terus. 

Selang 1 minit lagi, dapat paking paling depan bank.wee. kereta td dpt paking cepat sebab sy bg jalan, sy dapt paking cepat & best sebab bg pluang tu keta. Fhm ke fhm ?

Then pg cash deposit. Q panjang mcm ular. Tapi kan, ada dua org bg sy potong. Jadi sy depan cikitla. Sy tgok balik 2 org tu, x kenal.Sy senyum n say tq. Berpk sy knapa bg sy potong. Mungkin dia kesian kot budakKecik cam sy. ; p ahaks. Tapi bila pk balik, semalam d cash deposit yg sm ni juga ada satu laki minta izin sy potong Q. Sy bagi. 

This is the power of giving. Kita di program oleh manusia selama ni dgn 1-1 = 0

Tapi hakikatnya dlm kehidupan yang sepatutnya diamalkan 
1-1=11. Fhm ke fhm?  "

haaa itulah , mungkin ada yang berpendapat, dapat parking ? baris di cash deposit machine? so apa yang istimewa?  Ya Allah, kita hendakla bersyukur atas apa yang terjadi kepada kita, sy bersyukur dapat parking cepat dan depan bank, kerana ia telah memudahkan saya, menjimatkan masa saya, sedangkan di saat itu ramai yang tengah mencari tempat letak kereta, ada yang dah pusing 3-4  kali. Mengapa tidak sy bersyukur dan gembira? Setiap pagi kita sering berharap dan mendoakan agar semua urusan kita seharian dipermudahkan oleh Allah SWT, Dan apabila Allah mudahkan urusan dan laluan kita, maka wajib bagi kita untuk bersyukur.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Itu Rezeki saya hari ini. Sebelum ini bagi saya, rezeki adalah duit semata dan apa saja berita/perkara baik yang berlaku .Jadi, apabila dapat duit atau perkara yang menggembirakan sy akan gembira dan bersyukur. namun, andai sebaliknya, terjadi perkara sedih, saya tak bersyukur. 

Apakah benar rezeki itu terbatas kepada harta / material semata? Andai harta kita kurang, maka maksudnya rezeki kita berkurang? Begitu kah?
Astagfirullahalazim....

Ampunilah hambaMu yang alpa dan lemah ini Ya Rahman. HambaMu yang Kufur ini alpa dalam setiap pemberianMu. Semua Rezeki itu datang dari Allah SWT. 

"Rezeki adalah apa-apa yang kita rasa manfaatnya, samaada halal ataupun haram, samaada baik ataupun buruk "
 ( Tafsir Al-Quran asy-Sya'rawy. )

Kesihatan itu Rezeki.
Sifat-sifat baik adalah Rezeki.
Udara adalah Rezeki.
Air adalah Rezeki.
Keluarga penyayang adalah Rezeki.
Sahabat yang setia adalah Rezeki.
Lidah yang petah berkata-kata adalah Rezeki.


Di mana rezeki berkurang? Di mana kurangnya rezeki kita?....
Ini semua adalah rezeki dari Allah SWT. Setiap kita mempunyai rezeki yang unik dan kelebihan masing-masing. dengan rezeki ini, akan membawa kepada rezeki yang lain. Insyaallah.

Next entry nak cita lah bagaimana 1-1=10?  :)
Moga ada Rezeki masa dan Idea saya hahaha :)







No comments