1 Oktober 2015, pagi-pagi tadi terkejut ada satu group baru dalam messenger facebook,
Group CDM STG Kebabommmm !
Ya Allah, syukur , akhirnya inilah 'rumah' idaman selama ini , dan sahla sebagai Crown Diamond Manager ! Saya salah seorang CDM - STG , and im so proud berada dalam kelompok CDM CDM STG yang hebat dan Gorjes Sado - di mana kalangan mereka menghasilkan sales Jutaan Sebulan ! Sebulan okay.
Ini adalah pencapaian yang besar dalam kehidupan aku. Bagi yang belum mengenali aku ,
FB : Mira Megha ( zaman sekarang pengenalan diri guna FB ;) hikhikhik ) , Bertugas sebagai penjawat awam di Polis Diraja Malaysia, ( Penterjemah ) . Aku seorang yang sangat minat bisnes, dan kuat berangan ! dan kuat belanja hihi
Mungkin ramai tidak tahu , aku didedahkan dengan dunia bisnes sejak sekolah rendah, aku tolong mak jual kuih-muih. Macam mana? Mak aku buat kuih dan aku jual bawa bakul dari rumah ke rumah , aku seorang.
*-stop menaip , I cant help myself, crying. terbayang muka mak.
Pada masa tu aku menjual kerana terpaksa, sebab aku kan anak sulung, jadi siapa nak tolong selain aku? So setiap hari sabtu, aku akan dikejutkan bangun awal untuk menjual kuih, ini yang aku tak suka, sebab aku kena bangun awal ! sedangkan itu ja cuti sekolah dua hari utk bangun lewat, setiap hari sabtu dlm keadaan terpaksa aku akan pergi rumah ke rumah, aku hanya pergi ke rumah - pelanggan tetap saja, sebab aku tak suka pergi ke rumah yang aku tak biasa. selalunya aku akan balik dengan bakul kosong, kuih kuih akan habis terjual ! sebab semua tau kuih muih mak sangat sedap. Bila dah sampai rumh, aku kan kira duit, dengan gembira dan senyuman bila dapat upah. dan begitulah seterusnya. nak pergi menjual rasa berat tapi, bila dapat tengok duit im so happy ! bila nak menjual maluuuu, malu dengan kawan-kawan konon ` kenapa? ?? entah. - minta puji.
begitu juga sekolah menengah , aku ada membantu mak di gerai pada tingkatan enam, terutamanya hujung minggu, dan apa aku Nampak orang berniaga ni memang sgt best . Duitnya tak mengira hari. hari-hari ada duit ! aku adalah student 'kaya' sebab membantu mak jual di kedai, pd masa tu zaman reload telefon hanya ada RM50, dan aku beli hasil upah menolong. Saya beli majalah-majalah hburan seperti MANGGA ( naaa sapa suka kumpul ni dulu ) majalah Dara Dot Com, Remaja, keluaran seminggu sekali memang aku beli, takda masalah hehehe sebab guna duit upah tolong bisnes.
Sehingga selepas habis sekolah, aku bekerja sementara sebagai Ticketing Clerk. Di sini mengajar juga erti kehidupan, bekerja di front-liner berhadapan dengan seribu macam kerenah pelanggan.
dan sehingga ditawarkan dalan Perkhidmatan Awam ,menggunakan Sijil SPM aku.
Setelah 4 tahun bekerja, jiwa bisnes tu datang lagi. Seingat aku, aku buat bisnes Top-Up . alaaa top-up handphone , dapatla untung dalam sen-sen, kalau top-up RM30 or lebih ada la lebih sikit. Customer aku orang dekat-dekat hihihi. Kadang-kadang malam-malam nak topup , esok nak bayar, sudah esok kita lupa dia lupa - macam bisnes? tak tau la bisnes apa tu macam tu hihihi.
Lepas tu dah berani buat bisnes tudunggg koo, beli tudung berkodi dari KL jual balik di ofis, sekodi ada 20 tudung - beli dua tiga kodi - bagilaaaa hutang kat kawan-kawan kan, ye laaa dah kawan-kawan tu kita paksa beli sampai 6 pasang sorang - hahahaha
Bisnes tudung ni pun macam tak tau mana untung nya sebab banyak akhirnya tudung tu pakai sendiri hihihi.
Pastu seingat aku, memang throwback berabis ni tau , hhihiihi, pastu aku pernah jual pakaian Bundle Budak -Budak ! ( Yang ni saya lupa cerita dengan mentor saya Kak NN ) hhihi, aku jual pakaian bundle budak-budak dari UK ! aku pernah beli seguni dari pembekal dr KL, dia hantar kat Sabah, sampai rumah aku buka memang cantik cantik ! baju budak tapi saiz besar ! ada yg muat aku hahaha sebab nudak omputih kan besarrr. pastu jual kat kawan ofis jugaaaaaa ( memang kawan ofis aku support aku gilerr, tu aku syg dorang tepuk dada ! )
Dorang ada yang beli 5 pasang, murah engkooo sampai RM5 , RM3, memang elok sangat lagi , lepas jual kat ofis ada lebih lagi stok baju-baju tu, banyak bahh, sampai sekarang aku tak ingat dan tak tahu lepas tu apa kejadian stok tu semuaaaa ,
Lepas buat bisnes bundle ,aku dah start nak buat label pakaian sendiri pulakkk, masa ni tak design sendiri lagi, tapi label sahaja , so aku beli dari KL baju baju termasuk skirt la... aku turun KL bawak Ain ( adik aku ) kami pergi GM Klang, GM Plaza beli pakaian pakaian yang tengah inn youuu , masa tu Peplum ! aku boleh katakana aku tak Nampak lagi di KK jual Peplum ! sebab memang baru inn, then kami bawa balik tu pakaian , nak shoot pulakkk , ( satu kerja lagi nak cari model n jurugambar )
tercapai la jugak hasrat nak ada label sendiri hehe, sampai sekarang label tu banyakkkk lagi, tinggal nama agagaag, adeh lupa ni com DDM Wan yang tukang jahit label agagag |
Alhamdulillah, ada kawan adik aku ( student UNITAR ) sukarela jadi model, dengan upah belanja makan . (kejam aku ) jurugambarnya aku sendiri. kameranya aku pinjam dari Shiema hahhaa . aku ada juga kamera DSLR tu , dulu ada dua, dah jual dah. so bila nak pakai terpaksa pinjam orang punya.
so lepas shooting, aku menjual la di Facebook, hehe seperti biasa Pelanggan utama mestila Shiema , Ila , Brenda yang aku paksa beli sampai berpasang pasang , selain tu ada juga customer lain, Nampak macam okay pasaran, so then aku design baju dari tailor KL, hantar p KK, sehingga aku pergi ke Vietnam dan membeli kain dan baju untuk dijual ! Modal aku keluar masa ni lebih 10 ribu ! bisnes katanyaaaa , dan sampai sekarang kain Lycra aku masih ada di bilik. so aku taknak jual pakaian dah , sebab aku tak terkejar Fashion ! Stok baru sampai, Fashion nak malap dah , huhuhu , nak jual murah rugi, jual mahal, fashion tak in, huhuhu itu akulaa, org lain tak kottt macam ni ,
sapa jadi Protégé aku Oktober akan dapat ni tu hadiah kain ( sempattt )
cantik kan aku gambarrrrr, pandai fotosuttt baaa, lupa aku , pernah jadi fotograper DSM Kak Ina Kahwin,, hehehe :) |
hehehhe |
Then aku jual Skincare dan produk kesihatan pulakkk, memang meletop gil gil uolsss, 40 kotak tak sampai sebulan, sekotak aku untung RM40 ! cuba kira ! banyakkk laaa, kalah dah gaji akuuu,
sajaaaa tunjuk stok aku hehehe |
Add caption |
masa aku jual ni aku ikut pergi satu seminar. nama seminar , Seminar Minda Magnet Rezeki. buni dah best ! aku pergi laaaa , Magicnya dalam aura dalam seminar ni kuatt, saya belajar macam mana nak jadikan minda kita ni magnet kepada rezeki , Magnet ! kan magnet menarik. so dengan minda kita menarik rezeki dlm kehidupan. Tahukah Rezeki itu bukan duit semata-mata .
Kesihatan
Kejayaan
Kebahagiaan
Kekayaan
Keberkatan
inilah Rezeki 5K ! Seminar ni dibuat praktikal juga, so sepanjang dalam seminar ni handphone aku tak berhenti masuk inbox dan whatsapp ! kenapa ? orang nak beli Skincare aku jual tu baaaa sama orang mau jadi dropship akuuu, wahhh aku dah jadi magnet rezekiii, memang berbaloi.
dan hidup aku bermula berubah dari sini , sinilah turning point Ticer Mira,
Seminar Minda Magnet Rezeki ! dan sinilah bermula perjalanan dalam Smart Tycoon Group !
bagaimana bermula dan perjalanan akan aku tulis kemudian, namun suka aku nak kongsikan impian aku yang sangat besar banyak tercapai dalam STG, kaki melangkah ke family STG adalah rezeki peluang Allah Yang Maha Besar.
ditemukan dengan Mentor CDM Norazlin Nordin ( Kak NN ) yang merupakan Pengasas Smart Tycoon Group ! dan saya menjadi anak didik nya dalam STG.
bila telah buat banyak cara nak menambah pendapatan , ( kerna aku tak suka menyekat pendapatan, aku suka menambah ! ) aku berfikir, kenapa aku tak buat bisnes ni betul-betul sampai aku 'jadi' ? aku dah penat bisnes yang tak ada perkembangan ! ada untung tapi di situ sahaja ! ke manakah arah tuju seterusnya ? nak buat system marketing sendiri dan macam-macam lagi, banyak sangat aku nak sediakan, aku kan kerja.
tapi dalam STG kata CDM CikMun, boleh membina from nobody to somebody !! yess, ini aku mau, aku nak jadi somebody ! aku nak jadi macam mentor ! Jutawan Beriman ! Kaya Berjaya !
kerna itu aku telah buat , apa yang kamu tengok aku buat selama ini. istiqamah dalam Projek STG.
walaupun pada awal tahun 2015 aku tak dapat ikut trip holiday free keluarga STG ke Eropah ! aku sgt jeles, tengok dorang guna baju bulu-bulu, posing sana sini, trip tu FREE baaa, gila tak jeless, semua kena tanggung,
aku tekad next trip aku mesti pergi, tak kisah trip tu pergi mana aku mesti pergi ! dan akhirnya dapat trip ke Bangkok hehe , tapi diganti trip ke Vietnam, sebab Bangkok kena bom ! pergi ke Vietnam macam ken sindir ja aku oleh bayangan semalam hahaha,
dapat duit saku freee lagiii, SHOM bagi angpow untuk shopping ! |
makan semua disediakan, cukup time makanlaaaa sedappp dan halalll |
sementara tunggu butik Chanel ?? |
@ Sungai Mekong |
- Gala Night At Ho Chi Minh |
yang bestnya, aku tak pergi sendiri aku dapat bawa adik bawa lebih kurang 12 kawan biz partner yang lain ! Allah Ya Allah, usaha pasti ada ganjaranya. enjoy nyaaaa kami sanaaa semua free baaa, hotel cantikk gilsss, makan sedap gilsss uolsss,,,, moga next trip aku dapat ke Osaka ramai-ramai macam ni lagi. Izinkanlah Ya Allah, TQ Allah.
selain dapat melancong FREE, income etiap bulan dari projekSTG sangat awesome, mencecah
5 angka sebulan ! Alhamdulillah Ya Allah,
aku juga dah guna kereta baru namanya Cosmo heehehe dan 100% dari projek STG !
-sewaktu merisik dan meminang Cosmo , hihi |
first day ! love the smell of the new car ! Alhamdulillah |
so happy since I met her ! |
dan yang paling aku bersyukur pada Allah pemberi rezeki , aku dapat bagi kedua ibubapa duit sehingga 4 angka sebulan, dan dapat bagi mentua, dulu mentua husband ja bagi and now husband bagi lain, aku bagi lain !
dulu bagi mak, inikan nak sampai ribu, pernah sampai terskip bagi, yalah kalau macam ada kecemasan tak ckup duit, nak bagi pun tak dapat, masa tu aku sedih gilaaa, macam anak tak guna, sudah di kasi besar tapi tak membahagiakan.
mak dan bapak tak pernah nak minta kita , tapi kalau kita bagi, pasti amat menggembirakan.
aku nak balas jasa mak dan bapak aku. besarkan aku sampai aku dah kahwin, sekolah kan aku, beli basikal aku, beli baju raya cantik cantik, hantar aku tuisyen dan banyak lagi ! aku nak balas jasa mereka selagi mereka ada............dan selagi aku mampu .
Allah ya Allah , projek STG telab merealisasikan impian aku satu per satu ! dan pada bulan lepas aku dan adik ku telah belikan kedua orang tua kami sebuah rumah bernilai lebih Setengah Juta. Alhamdulillah.
- sebab Allah nak bagi lagi besar, Allah Ya Allah - |
bukan nak menunjuk , jauh sekali nak riak, aku nak bagitau, aku tak mampu beli rumah ni sebelum ni, dan tak akan mampu beli kalau aku tak berubah. aku berubah untuk merubah kehidupan aku.
ke arah yang lebih selesa !
kita boleh capai impian kita, jadikan nyata, kalau kita ada keinginan ke arah itu . PASSION !
untuk dapat sesuatu yang kita tak pernah dapat , kita kena buat sesuatu yang kita tak pernah buat !
Serius. Hanya itu kita perlu buat.
buat semua ELIT warrior dan semua family STG, kita berada dalam landasan yang tepat. STG ada Mentorr yang terbukti Berjaya. Ada Sistem yang sangat best ! dan ada Ilmu MMR yang luar biasa hebat dan nilainya !
kenapa seribu satu macam bisnes saya buat tak menjadi ?? kerna saya perasan konon saya ni pandai bisnes.
biz tak ada mentor, ilmu dan system .
Subhanallah dalam STG semuanya indah, bertemu dengan biz partn, bisnes yang happy, dan semuanya best ! maka kerna itu rezeki datang mencurah.....
Jutaan Terima kasih pada Mentor yang saya kasihi Mentor CDM Norazlin Nordin ( Kak NN ) atas segala tunjuk ajar tanpa jemu , sehingga saya ke tahap ini , dan saya akan terus dahaga ilmu dari kak NN untuk terus mara ! juga buat mentor CDM Arifin atas segala ilmu online dan offline,
buat mentor2 STG yang dihormati Mentor Cik Mun, mentor Cikgu Apit, mentor Dr Elmy, mentor Dr Omar ( korang kalau datang seminar MMR mesti akan dapat jumpa dorang yang hebat-hebat ni ) dan semua CDM CDM hebat STG, leader-leader STG, family di STG , dan semestinya buat #ELITwarrior yang sentiasa dalam doa saya .
-biz Online Style STG - seronok |
-berkongsi rezeki untuk biz partner yang pencapaian hebat ! |
Buat Cinta dan Kasih sy buat Suami Mohd Fais, yang tak pernah sesaat lupa memberi dorongan dan sokongan tanpa belah bahagi, terima kasih sayang atas doa tanpa jemu,
.......dan pasti semua ini buat Wali Keramat saya yg sentiasa di hati.
moga semua kalian insan-insan hebat yang hadir dlm hidup saya dalam lindungan Allah selalu dan diperluaskan rezeki. aminnn.
:))
ada banyak nak cerita, esok sambung lagi aaaa, ada ka yang mau baca? ka cukup sini ? hehehehe
Insyaallah esok nak cerita kenapa aku pilih Projek STG ? kenapa aku dan kawan-kawan aku pilih projek STG ??
with Love ,
Ticer Mira
011015
2 comments
info menarik sangat tak lupa menjana kesihatan juga ya dengan herbal
terima kasih sangat
Post a Comment